Bantuan Ahli

help-login

Instant Messenger (IM)

S

Bagaimana saya boleh menghentikan seorang pengguna yang melampau dalam Instant Messenger?

J
Jika seseorang ahli telah berkata sesuatu yang anda rasa mengganggu atau tidak sesuai melalui Instant Messenger, kami cadangkan anda menyekat orang itu dan henti berkomunikasi dengan mereka. Anda boleh menyekat ahli dengan klik ikon "Lebih" (diwakili oleh 3 titik) dalam panel Instant Messenger, kemudian klik "Sekat Pengguna". Klik "Buang Sekatan" untuk membuka sekatan mereka. Ketika ahli disekat, mereka tidak akan dapat menghantar mesej kepada anda dan anda tidak akan dapat menghantar mesej mereka.

Kami juga menghargai anda mengambil masa untuk melaporkan ahli yang kasar kepada kami, supaya kami boleh menyiasat perkara itu. Anda boleh melaporkan ahli dengan klik ikon "Lebih" (diwakili oleh 3 titik) dalam panel Instant Messenger, kemudian klik "Lapor Penyalahgunaan". Masukkan butiran dan klik butang "Hantar". Ia amat membantu jika anda menyalin mesej bermasalah ahli tersebut. Anda boleh tandakan teks dalam panel Instant Messenger dengan mengklik dan menyeret dengan tetikus anda, kemudian salin dengan menekan Ctrl + C pada papan kekunci anda. Kemudian tampal maklumat ini ke dalam laporan anda.

Sila klik sini untuk maklumat lanjut tentang pelaporan ahli.