Bantuan Ahli

help-login

Instant Messenger (IM)

S

Bagaimana saya boleh menggunakan Instant Messenger?

J
Ciri-ciri Instant Messenger kami memberikan ahli-ahli premium peluang untuk berbual dengan ahli-ahli lain dalam talian secara terus. Instant Messenger disatukan dengan sistem Mesej kami. Mana-mana mesej yang anda hantar melalui Instant Messenger akan direkodkan dalam peti Dihantar anda untuk rujukan mudah.​​

Untuk melihat semua ahli yang berada dalam talian, klik pautan "### Ahli-ahli online" di bahagian paling atas halaman di laman web ini.

Apabila melayari laman web ini, titik hijau pada profil akan menunjukkan ahli tersebut dalam talian.

Jika seorang ahli dalam talian menarik minat mata anda dan anda ingin menggunakan Instant Messenger untuk berbual dengan mereka, klik ikon gelembung mesej. Panel Instant Messenger akan dibuka di bahagian bawah skrin.

Taip mesej anda di dalam peti di bahagian bawah panel, kemudian tekan enter atau klik butang Hantar. Ini akan memberi notifikasi kepada ahli lain bahawa mereka mempunyai mesej masuk. Jika mereka membalas kepada anda, jawapan mereka akan muncul serta-merta dalam panel Instant Messenger.

Nama dan gambar ahli yang anda sedang berbual akan dipaparkan di bahagian atas panel Instant Messenger. Untuk melihat maklumat lanjut mengenai orang tersebut, klik nama mereka. Ini akan membuka profil mereka.

Jika anda sedang berbual dengan lebih daripada seorang, hanya satu panel akan dibuka pada satu masa. Walau bagaimanapun, jika anda menerima mesej di salah satu panel anda yang tidak aktif, gelembung notifikasi kecil akan muncul di gambar ahli.

Anda boleh highlight teks dalam panel Instant Messenger dengan mengklik dan menyeret dengan tetikus anda, kemudian salin dengan menekan Ctrl + C pada papan kekunci anda. Anda kemudian boleh memasukkan teks ke dokumen lain untuk rekod anda.

Sila ambil perhatian bahawa jika anda adalah ahli Standard, anda tidak boleh memulakan perbualan Instant Messenger dengan ahli lain. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menerima permintaan Instant Messenger dari ahli Emas dan Platinum, dan membalas sebaik sahaja mereka memulakan perbualan dengan anda.